fbpx
Lelaki tersebut menganggap bunyi jeritan pesakit di dewan bersalin mengganggu ketenangannya. - Google Maps

Lelaki saman hospital bersalin, terganggu bunyi wanita mengerang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BERLIN – Seorang lelaki di Jerman menyaman sebuah hospital bersalin kerana diganggu  jeritan ibu-ibu yang melahirkan anak di kemudahan itu, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Menurut saman yang dikemukakan, bunyi jeritan pesakit di dewan bersalin mengganggu ketenangannya. Dia tinggal dekat dengan hospital tersebut.

Walaupun mahkamah belum membuat keputusan rasmi, kes itu tetap mempunyai impak.

Bagi mengelakkan risiko keputusan tidak memihak kepada mereka, pihak hospital bersetuju berhenti menggunakan dewan bersalin tersebut.

Menurut beberapa penduduk,  plaintif berpindah dari tingkat bawah ke tingkat empat empat bangunan kediaman minggu lalu, yang terletak bertentangan dengan hospital.

Sebilangan jiran mendakwa bahawa dia mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang sebelum pusat bersalin itu dibuka secara rasmi.

Penduduk tempatan menyokong pusat tersebut, menyifatkannya sebagai perkhidmatan berharga untuk keluarga dalam komuniti.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI