fbpx
ANGGOTA polis mengangkat mayat lelaki yang dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba mencuri kabel elektrik di kawasan tanah lapang di Taman Rapat Perdana, Ipoh hari ini.

Tiga lelaki maut ketika cuba curi kabel eletrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Tiga lelaki maut akibat terkena renjatan elektrik dipercayai ketika cuba mencuri kabel di kawasan tanah lapang di Taman Rapat Perdana, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian di kawasan tiang elektrik milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu pada pukul 10 pagi.

Katanya, bertindak atas maklumat, sepasukan polis ke lokasi kejadian dan menemui tiga lelaki warga tempatan dalam keadaan tidak sedarkan diri, yang kemudian disahkan meninggal dunia.

“Siasatan awal mendapati ketiga-tiga lelaki berusia lingkungan 35 hingga 50 tahun itu terkena renjatan elektrik ketika cuba memotong kabel elektrik pada tiang TNB.

“Mayat ketiga-tiga lelaki terbabit dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, kematian kesemua suspek setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu hasil laporan bedah siasat.

“Siasatan kes ini dijalankan mengikut Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan mencuri.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian ini diminta menyalurkan maklumat dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-2451500 atau balai polis berhampiran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN