fbpx
Zamri Vinoth.

Zamri Vinoth dijangka didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Penceramah bebas Zamri Vinoth dijangka didakwa di Mahkamah Majistret, di sini esok berhubung kenyataannya pada perhimpunan di ibu negara pada 7 Februari lalu.

Berdasarkan semakan sistem mahkamah, pertuduhan itu akan dibacakan dihadapan Majistret Faezahnoor Hassan pada pukul 9 pagi.

Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan dua individu yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes berkaitan ketenteraman awam dan sensitiviti agama yang dipercayai telah melarikan diri ke Thailand.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail dilaporkan berkata, hasil risikan mendapati kedua-dua suspek iaitu Zamri Vinoth dan Tamim Dahri telah meninggalkan negara.

Menurutnya, usaha mengesan mereka sedang giat dijalankan dengan bantuan pihak berkuasa Thailand.

Sejurus selepas itu, Zamri menafikan melarikan diri ke Thailand selepas dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes berkaitan ketenteraman awam dan sensitiviti agama.

Perkara itu dikongsikan peguam Aidil Khalid, yang memuat naik tangkap layar kenyataan Zamri yang dibuat di Facebook.

Menurut Aidil, bagaimanapun, hantaran tersebut dipercayai telah diturunkan.

Dalam kenyataan itu, Zamri yang sebelum ini lantang membangkitkan isu pencerobohan mempersoalkan alasan mengapa dia dituduh.

Pada masa sama, Zamri turut menegaskan bahawa tiada keperluan untuk melarikan diri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI