KOTA KINABALU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyatakan Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026 menjadi antara fokus agenda gerakan kepenggunaan pada tahun 2026.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata akta berkenaan ialah reformasi undang-undang yang terkait dengan hak dan kepentingan pengguna yang meliputi aspek pelaksanaan, pindaan dan penggubalan kerangka perundangan berkaitan.
”Antara ikhtiar yang telah dilaksanakan bermula tahun lalu ialah memperkukuh kerangka perundangan berhubung ekosistem kredit pengguna.
”Ini termasuk penggubalan Akta Kredit Pengguna 2025 (Akta 873) yang diluluskan di Dewan Rakyat pada 21 Julai 2025 dan Dewan Negara pada 4 September 2025.
”Akta 873 yang di bawah kawal selia oleh Kementerian Kewangan ini telah berkuat kuasa mulai 1 Mac 2026 manakala keperluan pelesenan dan pendaftaran akan berkuat kuasa mulai 1 Jun 2026 dengan tempoh enam bulan diberikan kepada industri untuk permohonan ini,” katanya ketika sidang media sempena Hari Pengguna Kebangsaan (HPK) 2026 di pusat beli-belah Suria Sabah di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Armizan memaklumkan di peringkat KPDN, ikhtiar dalam memperkukuh ekosistem kredit bagi menambah baik perlindungan pengguna ialah melalui pindaan kepada Akta Sewa Beli 1967 menerusi pindaan yang telah dilaksanakan pada 2026.-KOSMO! ONLINE.
Akta Sewa Beli fokus agenda KPDN
- Oleh IVAN AMIRUL
- 15 Mac 2026, 5:21 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERKINI
BERITA BERKAITAN

Syor RCI: 75 peratus selesai, Akta TH dipinda dalam masa terdekat
30 Julai 2026, 2:43 pm

KPDN rampas pelbagai produk penjagaan kulit disyaki tiruan
30 Julai 2026, 2:31 pm

MyIPO bantu pengusaha batik muda tembusi pasaran global
21 Julai 2026, 6:04 pm

KPDN teliti undang-undang beri hak pengguna akses maklumat teknikal kenderaan
21 Julai 2026, 3:33 pm

Lebih 68,000 kenderaan di Sabah, Sarawak, Labuan berdaftar bawah SKDS
19 Julai 2026, 3:16 pm

20.4 tan minyak masak peket gagal seludup ke Siam
19 Julai 2026, 2:28 pm

Kuota penapisan minyak masak dikaji semula, keutamaan syarikat tempatan
18 Julai 2026, 11:27 am

KPDN sasar 30,000 Program Jualan Rahmah Madani tahun ini
17 Julai 2026, 9:18 pm






