fbpx
Antara tong yang dirampas dalam operasi itu di sebuah premis di Klang.

Taktik bungkus semula minyak subsidi terbongkar, 6 ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Kegiatan enam individu menjadikan premis sebagai stor haram menyeleweng minyak masak peket bersubsidi terbongkar selepas digempur Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), hari ini.

Dalam serbuan kira-kira pukul 1 tengah hari berjaya menahan lima lelaki dan seorang wanita tempatan berusia 30-an.

Pengarah KPDN negeri, Hanif Asa’ari berkata, kejayaan itu hasil risikan hampir dua minggu dengan kesemua suspek didapati melakukan pembungkusan semula kepada botol daripada minyak peket subsidi untuk dijual kepada industri.

Katanya, pemeriksaan mendapati premis tidak bernombor tersebut juga tidak mempunyai lesen atau dokumen sah bagi menyimpan dan menjalankan urus niaga barang kawalan berjadual termasuk minyak masak.

“Kita turut menemukan sejumlah besar minyak masak peket satu kilogram (kg) yang dipercayai dipotong sebelum dipindahkan ke dalam bekas lain.

“Antara barang yang disita termasuk kira-kira 5,000kg minyak masak, lebih 500 unit tong ‘jerry can’, sebuah tangki dan beberapa peralatan memotong peket minyak masak dengan nilai keseluruhan mencecah RM300,000,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN