fbpx
Armizan ketika menyempurnakan Majlis Penyerahan Smartpay Fleet Card SKDS di Stesen Petronas Jalan Lintas Kepayan pada Isnin. Foto oleh Ivan Amirul

KPDN gesa syarikat pengangkutan darat barangan daftar SKDS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

‎KOTA KINABALU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menggesa lebih banyak syarikat-syarikat pengangkutan darat barangan mendaftar segera Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).

‎Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali berkata setakat 14 Jun lalu sebanyak 29,631 kenderaan membabitkan 8,060 syarikat sudah mendaftar SKDS.

‎“Pendaftaran melalui SKDS akan membolehkan syarikat-syarikat yang ‎berkelayakan terus mendapat manfaat subsidi diesel melalui mekanisme fleet card pada kadar RM2.15 seliter bagi sektor pengangkutan darat barangan dan RM1.88 seliter bagi sektor pengangkutan darat awam.

‎“Penggunaan wajib fleet card SKDS untuk mendapat manfaat subsidi diesel bagi sektor pengangkutan darat barangan dan awam akan dikuatkuasakan pada satu masa yang akan diumumkan,” katanya ketika sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Smartpay Fleet Card SKDS di Stesen Petronas Jalan Lintas Kepayan pada Isnin.

‎Sehubungan itu beliau berkata, syarikat-syarikat bagi kedua-dua sektor ini adalah digesa untuk membuat pendaftaran SKDS pada kadar segera.

“Ini adalah penting untuk membolehkan kenderaan-kenderaan syarikat yang tersenarai di bawah 33 jenis kenderaan yang layak didaftarkan di bawah SKDS terus boleh menerima subsidi diesel. 

‎“Senarai jenis kenderaan dan permohonan ‎pendaftaran menyertai SKDS boleh dirujuk melalui portal MySubsidi,”‎ ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN