fbpx
TFC dijadualkan bakal menentang juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) sebelum berdepan Negeri Sembilan, Kuching City FC, Imigresen FC dan Sabah FC selepas ini.

TFC optimis kekal kelompok lima terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TERENGGANU FC (TFC) optimis mampu menamatkan saingan Liga Super Malaysia musim ini dalam kelompok lima terbaik meskipun mengalami prestasi yo-yo serta penyerang utamanya, Yann Mabella masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan.

Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim berkata, berdasarkan kedudukan semasa Liga Super, skuad Sang Penyu berada pada landasan tepat untuk mencapai sasaran tersebut.

Menurutnya, walaupun ketiadaan Mabella sedikit menjejaskan kekuatan jentera serangan, barisan pemain sedia ada tetap menunjukkan komitmen tinggi bagi memastikan TFC kekal kompetitif dalam baki lima perlawanan.

“Jika lihat kepada kedudukan terkini liga, TFC masih berada di tangga kelima dengan mengumpul 31 mata, berkelebihan sembilan mata berbanding pasukan di tempat keenam iaitu Negeri Sembilan FC.

“Dengan berbaki lima perlawanan, kami yakin pasukan mampu mengekalkan kedudukan tersebut hingga akhir musim. Jika berjaya memperbaiki kedudukan, itu dianggap bonus,” katanya kepada Kosmo! di Kuala Terengganu kelmarin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN