fbpx
Gambar hiasan

Harga minyak melonjak, subsidi jadi perisai rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Konflik ketenteraan yang semakin meruncing di Asia Barat kini memberi kesan langsung kepada pasaran tenaga global apabila harga minyak mentah dunia melonjak melebihi AS$100 (sekitar RM470) setong.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, perkembangan geopolitik tersebut bukan sahaja menggugat kestabilan bekalan tenaga dunia, malah turut memberi tekanan kepada ekonomi negara yang bergantung kepada import tenaga.

Menurutnya, apabila harga minyak dunia meningkat, kos sebenar bahan api dalam negara juga meningkat sekali gus memaksa kerajaan menanggung subsidi yang besar bagi memastikan rakyat tidak menanggung sepenuhnya kesan kenaikan harga tersebut.
“Bagi tahun 2026, perbelanjaan subsidi bahan api negara dianggarkan melebihi AS$2 bilion (sekitar RM9.4 bilion) sebulan, bersamaan kira-kira AS$24 bilion (sekitar RM112.8 bilion) setahun, sekiranya harga minyak dunia kekal tinggi atau terus meningkat akibat konflik geopolitik yang berpanjangan.

“Jumlah ini menunjukkan komitmen besar kerajaan untuk memastikan harga bahan api domestik kekal stabil bagi melindungi rakyat daripada kejutan ekonomi global,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tanpa subsidi tenaga, kenaikan harga minyak dunia boleh mencetuskan kesan rantaian kepada keseluruhan ekonomi negara.

Tambahnya, kos pengangkutan akan meningkat, harga makanan serta barangan asas melonjak, kos operasi industri bertambah dan tekanan inflasi akan dirasai oleh semua lapisan masyarakat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Media sebelum ini melaporkan harga minyak mentah dunia terus melonjak sejak serangan Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran menjerumuskan rantau Asia Barat yang kaya dengan minyak ke kancah peperangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI