PETALING JAYA – Permintaan tinggi terhadap inap desa sempena musim perayaan Aidilfitri menjadi lubuk bagi scammer untuk mendapatkan wang secara mudah. Taktik mereka mudah iaitu menyamar sebagai ejen dan mengiklankan gambar inap desa yang sebenar bagi mengaburi mata pelanggan yang terdesak memerlukan tempat tinggal ketika pulang beraya di kampung. Lebih membimbangkan, ada penipu yang berani menggunakan akaun sebenar pemilik homestay berserta gambar bilik, tawaran pakej dan nombor telefon bagi meyakinkan mangsa ketika berurusan. Tinjauan Kosmo! di beberapa platform media sosial……














