PETALING JAYA – “Aku rasa ‘annoying’ (menjengkelkan) bila lelaki bahasakan diri dia orang dengan nama.”
Itu kenyataan seorang lelaki yang mendedahkan dia rasa terganggu apabila berdepan dengan lelaki yang lain, namun membahasakan diri sendiri dengan nama berbanding menggunakan kata ganti nama diri kedua.
Menggunakan profil @Haizat6996 di media sosial, lelaki itu mengakui merasa ‘geli’ jika berdepan dengan golongan berkenaan.
“Contoh, ‘Hafız rasa, kita perlu…..’, Hafız pun rasa benda tu…’ atau Hafız tak tahu pun kena buat’. Rasa geli nak bercakap dengan kau,” ujarnya.
Hantaran individu itu meraih pelbagai komen daripada netizen yang rata-rata bersetuju dengan luahannya itu.
“Dulu ada teman serumah lelaki bahasakan diri dengan nama dia, aku rasa nak lempang. Kalau perempuan tak apa la juga, nampak manja-manja sikit,” komen seorang pengguna.
@Sekizo pun rasa sama seperti yang @Haizat6996 rasa. Oh, geli mat,” balas @Akuschizo.
“Lagi satu yang bahasakan diri ‘kita’. ‘Kita tak suka la macam ni’, ‘Kita nak keluar rehat awal boleh?’ Dah macam pondan tua,” ujar @Rizzmaster. – KOSMO! ONLINE














