fbpx
Kenderaan jenis Perodua Alza yang disita JPJ di Terminal 1 KLIA.

‘Ulat’ pujuk, rayu dapatkan penumpang KLIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Memujuk dan merayu bagi menawarkan perkhidmatan pengangkutan kepada tiga penumpang warga Bangladesh dari Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

Difahamkan, individu berkenaan mengenakan kadar tambang berjumlah RM65 dan akan dibayar bila sampai ke destinasi.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor berkata, hasil daripada intipan dan pemantauan Stesen Penguatkuasa KLIA telah membuat pemeriksaan terhadap seorang lelaki yang menawarkan perkhidmatan kereta sewa tidak berlesen atau secara haram.

“Sebuah kenderaan jenis Produa Alza beserta pemandu telah ditahan dan disita untuk siasatan selanjutnya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 205(1), Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD 2010),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, katanya, orang awam dinasihatkan agar menggunfakan perkhidmatan pengangkutan yang sah sama ada melalui kaunter perkhidmatan yang disediakan di Terminal 1 dan 2 KLIA atau pun membuat tempahan melalui aplikasi e-hailing.

Untuk sebarang aduan trafik, orang awam boleh menyalurkan kepada [email protected] atau platform aplikasi e-aduan@JPJ beserta butiran pengadu dan butiran aduan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI