fbpx
Poster yang dimuat naik oleh MBO Cinemas di laman Facebook.

MBO Cinemas umum penutupan selepas hampir 23 tahun operasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Rangkaian pawagam MBO Cinemas mengumumkan penutupan operasinya secara kekal selepas hampir 23 tahun beroperasi dalam industri perfileman tempatan.

Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik oleh MBO Cinemas di laman Facebook, pihak syarikat memaklumkan keputusan tersebut dibuat dengan “hati yang berat” selepas melalui perjalanan panjang dalam memberikan pengalaman menonton kepada pelanggan.

“Pertunjukan telah berakhir, selepas sekian lama bersama, kini tibalah masa untuk kami menamatkan operasi secara kekal. Ia merupakan satu penghormatan besar untuk menjadi sebahagian daripada pengalaman sinematik para penonton,” ujarnya.

MBO Cinemas turut merakamkan penghargaan kepada para penonton kerana telah memenuhi kerusi pawagam mereka sepanjang tempoh operasi.

MBO Cinemas bermula beroperasi pada tahun 2003. Ia ditubuhkan sebagai rantaian pawagam ketiga terbesar di Malaysia selepas Golden Screen Cinemas dan TGV Cinemas.

Mereka memulakan operasi dengan strategi fokus di kawasan luar bandar dan berkembang pesat kepada 26-27 cawangan sebelum pandemik Covid-19 menyebabkan likuidasi pada 2020.

Selepas diambil alih aset oleh Golden Screen Cinemas, MBO dilancarkan semula pada 19 Disember 2021 di bawah pengurusan baru. Ia mengendalikan 9 cawangan di Semenanjung Malaysia seperti Brem Mall, Quayside Mall dan Elements Mall Melaka.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN