fbpx
Tangkap layar video perkongsian @Jasmine Pharmacist di laman TikTok.

[VIDEO] 5 makanan perlu dielakkan di bazar Ramadan, air manis ‘no.1’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang ahli farmasi berkongsi lima jenis makanan yang disarankan supaya dielakkan daripada dibeli di bazar Ramadan demi menjaga kesihatan.

Menerusi satu hantaran video di laman TikTok oleh @Jasmine Pharmacist, dia menjelaskan orang ramai perlu lebih berhati-hati ketika memilih juadah berbuka puasa.

Jasmine berkata, minuman manis merupakan antara pilihan utama yang wajar dielakkan kerana kandungan gula yang tinggi.

“Pertama adalah air manis kerana kita tidak tahu berapa banyak gula digunakan. Jika minum air manis setiap hari, tahu lah gergaji kaki,” katanya.

Selain itu, Jasmine turut menasihatkan orang ramai supaya mengelakkan membeli ayam goreng di bazar Ramadan.

Menurutnya, kebanyakan peniaga menggunakan minyak yang sama berulang kali untuk menggoreng.

Katanya, penggunaan minyak berulang kali boleh menyebabkan peningkatan tahap kolesterol jahat atau LDL dalam badan.

“Sebab itu tidak mustahil kita melihat sekarang ramai anak muda sudah mula mengambil ubat kolesterol,” ujarnya.

Dalam masa sama, Jasmine turut menyentuh mengenai ayam bakar yang sering dianggap sebagai pilihan lebih sihat berbanding makanan bergoreng.

Namun menurutnya, bahagian ayam yang terlalu hangus atau kehitaman sebenarnya tidak baik untuk kesihatan jika dimakan dalam jumlah banyak.

Dalam masa sama, Jasmine turut menasihatkan orang ramai supaya mengurangkan pengambilan makanan bergoreng yang diproses seperti nugget, sosej dan bebola daging.

Menurutnya, makanan jenis itu tergolong dalam kategori makanan diproses yang mengandungi bahan pengawet serta bahan kimia tambahan. – KOSMO! ONLINE

@jasmine.pharmacist Top5 Makanan yg tak patut beli di Bazar Ramadan #Ramadan #puasa #makanan #kesihatan ♬ original sound – Jasmine Pharmacist

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN