fbpx
Kerosakan dan serpihan dilihat susulan puting beliung di Union City, Michigan semalam. - AFP

8 maut puting beliung ‘hentam’ 2 negeri AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh, manakala lebih 12 yang lain cedera selepas puting beliung membadai negeri Michigan dan Oklahoma, dalam ribut teruk yang melanda sebahagian Amerika Syarikat (AS), lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

Empat orang dilaporkan terbunuh di Oklahoma, manakala empat yang lain meninggal dunia di utara negeri Michigan, lapor agensi berita AFP.

Ribut itu menumbangkan pokok, menjatuhkan tiang elektrik, merosakkan bangunan dan mencabut bumbung beberapa rumah kelmarin.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) berkata, cuaca buruk diramal berterusan hingga hujung minggu, serta memberi amaran ribut petir dan banjir kilat dari rantau Great Plains ke negeri Texas.

Di Michigan, Jabatan Syerif Daerah Branch berkata, tiga orang terbunuh dan 12 yang lain cedera berhampiran Union City selepas puting beliung melanda kelmarin. 

Kira-kira 80 kilometer di daerah Cass, Michigan, pihak berkuasa melaporkan satu kematian dan beberapa kecederaan.

“Pelbagai struktur besar termasuk rumah dan bangsal tiang, mengalami kerosakan daripada impak struktur utama hingga kemusnahan sepenuhnya,” kata mereka dalam satu kenyataan.

Syerif Daerah Cass, Clint Roach mengumumkan kelmarin bahawa Silas Anderson yang berusia 12 tahun meninggal dunia akibat kecederaan berkaitan cuaca yang tidak dinyatakan di Edwardsburg, Michigan.

Gabenor Oklahoma, Kevin Stitt, berkata, beliau mengisytiharkan darurat untuk daerah Alfalfa, Creek, Grant, Major, Okmulgee, Rogers, Tulsa dan Wagoner bagi memastikan penduduk negeri itu mendapat sokongan dan sumber yang mereka perlukan selepas ribut. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI