PETALING JAYA – “Nak tanya, patut ke saya keluar dengan bekas suami saya? Tapi dia dah ada isteri dan isteri dia adalah penyondol rumah tangga kami.”
Itu persoalan seorang wanita yang bertanya, apakah tidak menjadi masalah jika dia masih keluar bersama bekas suami yang sudah berkahwin lain, iaitu ‘penyondol’ rumah tangga mereka sebelum ini.
Wanita yang menggunakan profil @Reen12209 itu berkata, kini bekas suaminya itu tanpa gagal menghubunginya setiap hari selepas perpisahan mereka.
“Sekarang bekas suami hari-hari tak pernah gagal hubungi dan WhatsApp saya,” katanya di media sosial.
Hantarannya itu dihujani pelbagai pendapat pada ruangan komen yang rata-ratanya terdiri daripada kaum wanita meminta dia untuk ‘membalas dendam’.
“Keluar sis. Update (kemas kini) status WhatsApp, Instagram dan TikTok. Pastikan dalam tetapan umum,” saran @Annnarhina.
“Rampas balik dan tinggalkan,” ujar @Eeekinn.
“Untuk patah balik rasa tak berbaloi. Tapi untuk sakitkan hati penyondol, tak salah pun,” komen @Farahwahida919. – KOSMO! ONLINE














