fbpx
Ahmad Zahid bercakap pada sidang akhbar selepas Sesi Pertemuan Khas Bersama Pengurusan Tertinggi Felda di Menara Felda, hari ini. Foto oleh FARIZ RUSADIO/KOSMO!

Musyawarah tangkis dakwaan Melayu tergugat, Islam terancam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Agenda Musyawarah Isu-Isu Islam dan Bumiputera yang melibatkan lapan parti politik semalam, penting bagi menangkis dakwaan kononnya kedudukan Melayu kini tergugat dan agama Islam terancam.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, dakwaan sedemikian memerlukan fakta serta penjelasan tepat dan perkara itu telah dilaksanakan dalam pertemuan yang diadakan di Ibu Pejabat UMNO, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) itu.

“Ia merangkumi agenda nasional melibatkan pelaksanaan Kerajaan Madani mengenai isu-isu berkaitan agama Islam dan bumiputera.

“Ini perdekatan pertama kami supaya mereka memahami terlebih dahulu apa yang kami, parti Melayu dan ada dalam Kerajaan Madani telah lakukan selama tempoh tiga tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Sesi Pertemuan Bersama Warga Pengurusan Tertinggi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di Menara Felda, di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, semua pihak tidak perlu bertelagah dalam isu-isu berkaitan Melayu dan Islam kerana perkara tersebut merupakan agenda bersama yang memerlukan kerjasama semua pihak.

“Kalaupun terdapat kekurangan, pasti ada cadangan untuk bagaimana ianya harus diperkukuhkan.

“Bukan dengan adanya serangan daripada luar berdasarkan kepada ketidakfahaman mengenai isu-isu yang dibangkitkan,” ujarnya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, satu sejarah baharu tercipta apabila lapan parti-parti politik berteraskan Islam, Melayu dan bumiputera dari pelbagai blok politik berhimpun dalam Musyawarah Isu-Isu Islam dan Bumiputera yang berlangsung semalam.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pertemuan di WTCKL itu meliba UMNO, Pas, Parti Keadilan Rakyat, Amanah, Parti Gagasan Rakyat Sabah, Parti Berjasa Malaysia, Kongres India Muslim Malaysia dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia.

Musyawarah itu jelas beliau, menjadi wahana penting untuk bertukar pandangan secara terbuka demi mencari titik persefahaman dalam perkara-perkara yang menyentuh kepentingan bersama yang melibatkan Islam, Melayu dan bumiputera di negara ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI