KEMUNCULAN Chery Tiggo membuktikan pengeluar automotif dari China itu semakin serius dan cuba mencabar dominasi jenama Jepun dan Eropah dalam segmen SUV premium tempatan. Diposisikan sebagai model paling mewah dalam keluarga Tiggo, kenderaan utiliti sukan (SUV) tujuh tempat duduk itu hadir dengan gabungan prestasi, teknologi dan keselesaan untuk sebuah SUV keluarga moden. Chery Malaysia telah mempertonton secara rasmi model SUV flagship itu untuk pasaran tempatan pada 15 Mei lalu dengan anggaran harga RM189,000. Pengenalan model tersebut juga dilihat selari dengan……














