fbpx
SEORANG peniaga ayam dijel 21 tahun selepas mengaku salah menodai anak kandungnya sendiri oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini. Foto BAZLAN IBRAHIM/KOSMO!

Peniaga ayam beraya dalam jel nodai anak sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Perbuatan keji seorang peniaga ayam yang ‘meragut’ kehormatan anak kandungnya sendiri terbalas apabila dia dijatuhkan hukuman penjara 21 tahun beserta 24 sebatan oleh dua Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Madihah Zainol dan Nor Aziati Jaafar. membuat keputusan itu terhadap bapa enam anak yang berusia 43 tahun itu selepas mengaku salah terhadap 13 pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak kandungnya sendiri yang berusia 6 tahun, bulan lalu.

Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa empat pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak kandungnya yang juga anak luar nikah bersama kekasih yang merupakan ibu mangsa berusia 46 tahun.

Tertuduh turut didakwa dengan empat pertuduhan melakukan amang seksual bukan fizikal dengan cara melakukan hubungan seksual di hadapan kanak-kanak terbabit.

Dia juga didakwa dengan dua pertuduhan meliwat mangsa, satu pertuduhan merogol mangsa serta dua pertuduhan lagi iaitu membuat bahan penganiayaan seksual kanak-kanak dalam bentuk rakaman video ke atas mangsa sama.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah setinggan di Kampung Kempas Baru, Kempas di sini antara 22 Januari lalu hingga 17 Februari lalu.

Atas semua kesalahan tersebut, dia didakwa mengikut Seksyen 14(B), Seksyen 15C dan Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (AKSTK 2017) serta Seksyen 377C dan juga Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tertuduh dalam rayuannya meminta mahkamah memberikan hukuman penjara ringan kerana mempunyai tanggungan seorang isteri yang tidak bekerja serta enam orang anak yang masih kecil.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN