fbpx
BINTANG JDT, Joao Figueiredo beraksi menentang Vissel Kobe pada aksi ACLE di Stadium Sultan Ibrahim bulan lalu. - RAJA JAAFAR ALI

JDT serius buru sejarah baharu ACLE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SKUAD Johor Darul Ta’zim (JDT) serius untuk melakar sejarah berada dalam kelompok lapan kelab terbaik Asia menjelang aksi pertama pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) menentang Sanfrecce Hiroshima, malam ini.

Harimau Selatan berpeluang membalas dendam ke atas wakil Jepun itu di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri selepas tewas 1-2 di Hiroshima, bulan lalu.

Pengendali JDT, Xisco Munoz percaya pasukannya sudah belajar daripada kesilapan dan tidak lagi boleh melakukan kesilapan mudah selepas bermain 10 pemain menentang Sanfrecce apabila Jonathan Silva dilayangkan kad merah sebelum ini.

“Dalam saingan peringkat Asia, kesilapan kecil boleh mengubah keputusan perlawanan. Justeru, barisan pemain perlu memberi tumpuan penuh dengan setiap perancangan taktikal yang kita cuba lakukan.

“Kelab Jepun terkenal kerana memiliki ramai pemain berkualiti dan berdisiplin tinggi, jadi fokus selama 90 minit amat penting,” katanya.

Pemain pertahanan JDT, Syahmi Safari mengakui kejayaan meraih dua kemenangan domestik minggu lalu ke atas Melaka FC dan Penang FC memberi suntikan moral buat pasukan.

“Ini satu momentum yang baik untuk pasukan melangkah ke perlawanan seterusnya dalam saingan ACLE apabila kita bakal berdepan kelab Jepun (Sanfrecce Hiroshima) untuk aksi pertama nanti,” katanya

JDT sudah beraksi dalam kejohanan peringkat kelab paling berprestij di Asia itu sejak 2019 dan berjaya lolos ke pusingan kalah mati sebanyak dua kali pada edisi 2022 dan 2024/2025.

Pada musim lalu, misi JDT untuk melakar sejarah berada dalam kelompok lapan kelab terhebat Asia tidak kesampaian selepas tewas 0-1 kepada seteru, Buriram United di pusingan 16 terbaik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN