fbpx
ARIF AIMAN dijangka menjadi sandaran Harimau Selatan bagi mengucar-ngacirkan benteng pertahanan Buriram. – FB JOHOR SOUTHERN TIGERS

ACC: JDT galas misi lunas dendam atas Buriram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz bertekad untuk melunaskan misi balas dendam apabila berdepan Buriram United dalam aksi separuh akhir pertama Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini.

Ini susulan kekalahan 1-2 skuad Harimau Selatan kepada kelab Thailand itu dalam aksi pe­ringkat kumpulan Liga Juara-juara Asia Elit (ACLE), September lalu.

Munoz berkata, skuad Harimau Selatan tidak gentar berdepan juara Liga Thailand itu setelah pasukan bimbingannya sudah berkembang jauh sejak kekalahan tersebut.

“Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu, kita tewas 1-2 dan ketika itu JDT masih dalam pro­ses transisi yang melibatkan ramai pemain baharu serta barisan kejurulatihan yang belum serasi sepenuhnya.

“Sekarang situasinya jauh berbeza, kami sudah bekerja bersama selama sembilan bulan dan setiap individu sudah faham apa yang perlu dilakukan. Kami sudah bersedia untuk mempamerkan tahap kapasiti yang sepatutnya dalam perlawanan berprestij seperti ini.

“Yang pastinya, penting buat JDT untuk memanfaatkan peluang bermain di laman sendiri bagi meraih kemenangan sebagai bekalan selesa untuk aksi timbal balik kelak,” ujarnya.

Bekas pengendali Watford itu berkata, walaupun berdepan jadual perlawanan yang padat, pemain masih kekal bernafsu untuk memburu kemenangan apabila pasukan semakin hampir menambah satu lagi koleksi trofi dalam kabinet JDT.

“JDT sudah menempuh satu perjalanan musim yang panjang setelah bermain lebih 50 perlawanan setakat ini, jadi ia memberi kesan kepada mental dan fizikal pemain. Bagaimanapun, kesungguhan pemain memberikan aksi 100 peratus dalam setiap perlawanan wajar diberikan pujian.

“Perjuangan harus diteruskan, tambahan pula perlawanan menentang Buriram ini cukup pen­ting, JDT perlu lebih bersiap sedia dan memastikan kemena­ngan berada dalam genggaman kami,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN