fbpx
Tangkap layar video Tengku Hassanal yang dikongsikan Jvy di TikTok hari ini.

[VIDEO] Senang kacang – Tengku Hassanal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyifatkan perjalanan fasa pertama mendaki Gunung Kinabalu dari Pintu Timpohon ke Panalaban atau Laban Rata sebagai sesuatu yang mudah.

“It’s nothing (tiada apa pun) senang kacang,” seloroh baginda.

Sebelum itu, salah seorang daripada malim gunung, Jvy yang ikut serta dalam rombongan sempena Ekspedisi Mahkota Borneo hari ini meminta baginda memberi ucapan ringkas setelah kesemua mereka berjaya sampai di Panalaban selepas tujuh jam mendaki.

“Tepat 3.45 petang, Tengku Mahkota Pahang telah tiba di Panabalan yang mengambil masa tujuh jam lebih. Semoga cuaca dalam keadaan baik untuk naik ke puncak Gunung Kinabalu pagi nanti,” kata malim tersebut menerusi siaran langsung di TikTok.

Video itu turut dikongsikan di TikTok @Jalan Kalan Cari Makan Pahang sebentar tadi.

Media sebelum ini melaporkan, pendakian pada pulul 8.05 pagi tadi dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Mufti Negeri Sabah Datuk Bungsu Aziz Jaafar diikuti taklimat pendakian oleh Ketua Stesen Substesen Panalaban, Julaimin Kamin di Pondok Timpohon.

Baginda berkenan mengetuai rombongan Ekspedisi Mahkota Borneo yang disertai 56 peserta terdiri daripada pegawai dan anggota Pasukan Khas Tentera Udara Diraja Malaysia (PASKAU) serta pengiring rapat Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula semalam sehingga esok. – KOSMO! ONLINE

@jjcmdphg “Senang Kacang”😁. Tepat 3.45 petang KDPM Tengku Mahkota Pahang telah tiba di Panalaban yang mengambil masa 7 jam lebih. Semoga cuaca dalam keadaan baik untuk naik ke Puncak Gunung Kinabalu pagi nanti 😍 #jjcmdphg #ekpedisimahkotaborneo #tengkumahkotapahang #gunungkinabalu #pahang ♬ Original Sabahan – Atmosfera

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN