fbpx
Pendakwah PU Syed tampil mempersoalkan tajuk sensasi filem terbaharu terbitan Skop Productions dan Astro Shaw yang berjudul Malaikat Malam.

‘Adakah mat rempit lumba malam, kemudian mati jadi malaikat?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Minta pencerahan daripada pihak berkaitan, pendakwah bebas PU Syed tampil mempersoalkan tajuk sensasi filem terbaharu terbitan Skop Productions dan Astro Shaw yang berjudul Malaikat Malam.

Menurut PU Syed atau nama lengkapnya Syed Mohd Bakri bin Syed Ishak Al-Yahya, 44, tajuk filem tersebut tidak sesuai dengan jalan ceritanya yang berkisarkan tentang mat rempit.

“Saya nak tanya kepada pihak berkepentingan seperti mufti, sesuaikah filem tersebut diberikan judul Malaikat Malam sedangkan jalan ceritanya berkisarkan tentang rempit.

“Kita tahu para malaikat tidak pernah melakukan dosa walaupun sekelip mata. Kecuali ada kisah yang kita umpamakan seseorang itu seperti malaikat.

“Saya ada terbaca komen dalam YouTube, ada yang bertanya adakah mat rempit berlumba di waktu malam, kemudian mati dan menjadi malaikat.

“Jadi saya nak minta kepada pihak pengarah bolehkah beri jawapan yang tuntas. Sudahkah kalian rujuk kepada pihak autoriti agama tentang penggunaan nama malaikat dalam tajuk filem kalian?,” katanya dalam sebuah video.

Tambahnya lagi, dia menggesa agar pihak penerbit memberikan penjelasan yang sewajarnya agar tidak terbabit dengan isu akidah.

Filem Malaikat Malam arahan Nazifdin Nasrudin itu dibintangi pelakon terkenal Syafiq Kyle, Tracie Sinidol dan Que Haidar mula menjengah pawagam tempatan 26 Mac 2026. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN