fbpx
Keadaan MPV dan motosikal yang dinaiki kedua-dua mangsa selepas terlibat kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan, petang tadi.

Dua beradik maut motosikal rempuh MPV berhenti di lorong kecemasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Dua beradik yang juga pelajar Kolej Vokasional Nibong Tebal, maut apabila motosikal yang mereka naiki merempuh belakang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang berhenti di lorong kecemasan, Lebuh Raya Utara Selatan, di sini petang tadi.

Mangsa yang juga pembonceng, Siti Nurzulaikha Mohammad Shukor, 17, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala abangnya, Luqman Nulrois, 18, maut ketika mendapatkan rawatan di Hospital Kepala Batas akibat kecederaan parah.

Kejadian kira-kira pukul 5 petang tadi berlaku ketika dua beradik tersebut dikatakan dalam perjalanan pulang ke asrama sekolah dari rumah mereka di Guar Chempedak di Kedah.

Difahamkan, motosikal mangsa dipercayai jenis Honda RS telah merempuh kenderaan jenis Toyota Vellfire yang semasa itu berhenti di lorong kecemasan dipercayai akibat masalah tayar belakang.

Bedah siasat ke atas mayat dua beradik tersebut akan dijalankan di Hospital Kepala Batas, pada pagi esok.

Sementara itu, pihak Kolej Vokasional Nibong Tebal menerusi facebook rasminya turut merakamkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga mangsa.

“Ya Allah, ampunilah dia dan rahmatilah dia. Sejahterakanlah, maafkanlah segala kesalahannya serta kurniakankan limpah rahmat dan kesejateraan ke atasnya.

“Semoga kedua-duanya beristirahat dengan aman. Syahid. Insya-Allah,” tulisnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN