fbpx
Tangkap layar video menunjukkan hotel Burj Al Arab terbakar selepas terkena bedilan peluru berpandu Iran semalam. - X

Hotel ikonik Dubai, Burj Al Arab terkena bedilan peluru berpandu 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUBAI – Sebuah hotel bertaraf lima bintang di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) terbakar apabila terkena serangan peluru berpandu Iran, dengan beberapa orang dilaporkan cedera, lapor akhbar The Sun UK. 

Rakaman video dimuat naik di platform X menunjukkan Hotel Burj Al Arab yang terletak di Dubai dijilat api sambil mengeluarkan kepulan asap tebal ke ruang udara. 

Api kemudian berjaya dikawal. 

Sebuah lagi hotel mewah di Palm Jumeirah, Dubai turut terbakar apabila terkena dron jenis Shahed sehingga menyebabkan empat orang cedera. 

Rakaman video kejadian menunjukkan dron kamikaze jatuh mengenai Hotel Fairmont dengan asap tebal menyelubungi ruang udara bandar UAE tersebut. 

Jurucakap kerajaan Dubai berkata, empat orang cedera dan dikejarkan hospital untuk rawatan lanjut. 

“Api kini terkawal,” kata jurucakap itu selepas pasukan kecemasan bergegas ke tempat kejadian.

UAE mengesahkan bahawa ia telah memintas gelombang dron dan peluru berpandu Iran. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN