fbpx
PEKERJA kesihatan bercakap dengan pesakit di luar klinik bergerak yang menawarkan vaksinasi percuma untuk demam campak di Spartanburg, Carolina Selatan pada 6 Februari lalu. – AFP

Amerika hadapi wabak demam campak paling buruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Amerika Syarikat(AS)  berdepan wabak campak paling buruk dalam  tempoh 35 tahun, demikian menurut angka rasmi semalam ketika negara merekodkan lonjakan serius kes demam campak berikutan keraguan orang ramai terhadap vaksin

Sejak t2026 bermula, sebanyak 2,318 kes disahkan bagi penyakit sangat mudah berjangkit itu telah direkodkan, kata  Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).

Jumlah itu melebihi keseluruhan kes pada 2025, tahun yang memecahkan rekod, dengan 2,289 orang disahkan dijangkiti demam campak , bersama tiga kematian termasuk dua anak kecil.

Kita menyaksikan krisis yang sepatutnya boleh dielakkan.

Kita boleh  menerima ini sebagai normal  baharu,” kata Presiden Akademi Pediatrik Amerika, Andrew Racine.

Demam campak menyebabkan demam, gejala pernafasan dan ruam kulit.

Dalam sesetengah kes, ia mencetuskan komplikasi lebih teruk termasuk radang paru-paru dan radang otak, yang boleh mendatangkan impak jangka panjang serius serta kematian.

Pada tahun 2000, demam campak diisytiharkan telah dihapuskan di Amerika Syarikat, hasil program  vaksinasi.

Namun, penyakit itu muncul semula dan menular sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan latar belakang penurunan kadar vaksinasi dan peningkatan rasa tidak percaya terhadap pihak berkuasa kesihatan.

Robert F. Kennedy Jr. selaku Setiausaha Kesihatan Presiden Donald Trump  dituduh menyumbang secara ketara kepada krisis ini dengan menyebarkan sentimen antivaksin dan mencetuskan kebimbangan terhadap imunisasi yang telah dikaji dengan baik dan terbukti berkesan.

Kali terakhir Amerika Syarikat mengalami bilangan kes campak yang tinggi adalah pada tahun 1991, apabila 9,643 kes direkodkan.

Sebelum pembangunan vaksin campak pada awal tahun 1960-an, penyakit itu membunuh ratusan kanak-kanak setiap tahun di AS.

Pada masa yang sama, demam campak  meragut puluhan ribu nyawa di seluruh dunia. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN