fbpx
Gomes meraikan jaringan gol kemenangan KL City menewaskan TFC 1-0 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus malam ini.

Liga Super: KL City kalahkan TFC lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA NERUS – Kuala Lumpur City FC (KL City) terus menjadi duri dalam daging buat Terengganu FC (TFC) apabila sekali lagi berjaya menewaskan tuan rumah 0-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di sini, sebentar tadi.

Pemain import dari Sepanyol, Antonio Gomes muncul wira KL City dengan meledak jaringan kemenangan pada minit ke-62.

Kekalahan itu sekali gus mengulangi episod duka TFC yang turut tewas 0-1 terhadap lawan sama pada aksi pusingan pertama Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur sebelum ini.

Tuan rumah hampir mendahului selepas Gervane Kastaneer berjaya menyudahkan hantaran Akhyar pada minit ke-32, namun jaringan itu kemudiannya dibatalkan pengadil, Mohd. Fusser Mar Sallih selepas semakan Video Bantuan Pengadil (VAR).

Keputusan tersebut dibuat susulan kekasaran oleh pertahanan TFC, Muhamad Shahrul Nizam Ros Hasni terhadap Josue sebelum jaringan terhasil.

Memasuki babak kedua, skuad KL City kendalian Risto Vidakovic terus menggandakan tekanan ke kubu tuan rumah namun beberapa percubaan berjaya dipatahkan penjaga gol TFC, Mohd. Suhaimi Husin.

Benteng tuan rumah akhirnya bolos apabila Gomes tenang menyudahkan peluang menerusi sepakan leret yang menewaskan Suhaimi.

Ia menyebabkan suasana di Stadium Sultan Mizan tegang dengan sebahagian penyokong tuan rumah dilihat tidak berpuas hati dengan kebanyakan keputusan pengadil. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN