fbpx
TUJUH pemain warisan negara masih perlu menanti apabila CAS belum bersedia mengemukakan keputusan rayuan ekoran kes pemalsuan dokumen.

Hanya prosedur biasa badan penghakiman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENANGGUHAN keputusan rayuan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) terhadap tujuh pemain warisan Harimau Malaya dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) adalah langkah biasa yang dilakukan oleh mana-mana badan penghakiman.

Sebagai rekod, harapan ribuan peminat sukan tanah air untuk mengetahui keputusan muktamad CAS terhadap hukuman Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) semalam tidak kesampaian.

Situasi ini disebabkan panel penimbang tara CAS yang berpangkalan di Lausanne, Switzerland masih perlu meneliti setiap bukti yang dikemukakan oleh semua pihak sebelum mengeluarkan keputusan rasmi seawal minggu depan.

Peguam sukan dan komersial tanah air, Nik Erman Nik Roseli berkata, situasi yang berlaku bukanlah sesuatu yang janggal dan tidak memberi sebarang indikasi melibatkan keputusan sama ada menang atau tidak.

“Perkara ini tidak unik dan tidak membawa maksud apa-apa. Memang kebiasaannya, selepas tamat perbicaraan, panel penimbang tara akan mengambil masa untuk membuat keputusan.

“Jadi, perkara ini saya memang jangka mungkin berlaku kerana panel penimbang tara perlu meneliti hujahan fakta dan undang-undang yang dikemukakan. Kebiasaannya mereka perlukan masa.

“Ini adalah proses normal, tetapi ada juga kes panel penimbang tara bagi keputusan pada hari yang sama.

“Apa yang pasti, penangguhan ini tidak memberi indikasi sama ada menang atau tidak. Ia hanya bermakna panel perlukan masa untuk meneliti hujahan yang telah dikemukan oleh peguam,” katanya kepada Kosmo!.

Jika menang proses rayuan, tujuh pemain warisan iaitu Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Jon Irazabal dan Hector Hevel dijangka terlepas daripada hukuman penggantungan 12 bulan yang dikenakan oleh FIFA sebelum ini.

Bagaimanapun, hukuman tersebut akan kembali diaktifkan jika gagal selepas diberi ‘talian hayat’ hampir sebulan oleh CAS yang membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman atau Stay of Execution pada, Januari lalu.

Selain hukuman terhadap pemain, FAM turut diperintahkan untuk membayar denda sebanyak CHF 350,000 (RM1.8 juta) kepada FIFA seperti yang diputuskan Jawatankuasa Tatatertib FIFA pada September lepas.

Lebih malang, FIFA turut membatalkan keputusan tiga aksi persahabatan Harimau Malaya menentang Cape Verde, Singapura dan Palestin selepas mendapati FAM melanggar Artikel 19 Kod Tatatertib FIFA (Edisi 2025) kerana menurunkan pemain yang tidak layak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN