KOTA KINABALU – Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun mengesahkan seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan seorang wanita yang mayatnya dikerat sebelum dibuang di beberapa lokasi awal bulan ini dijangka dituduh di mahkamah esok.
Suspek berkenaan yang sebelum ini ditahan reman dijangka dibawa ke mahkamah untuk mendengar pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
”Kertas siasatan mengenai kes itu sudah dilengkapkan sebelum arahan pertuduhan dikeluarkan.
“Esok kita akan tuduh suspek di mahkamah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
Juteh berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan kes berkenaan.
Mengulas lanjut, Jauteh memaklumkan tiga lagi individu yang juga anak suspek utama mungkin dijadikan saksi pendakwaan dalam kes berkenaan.
Terdahulu seorang wanita ditemukan maut dalam keadaan anggota tubuhnya dikerat kepada beberapa bahagian sebelum dibuang di beberapa lokasi sekitar Indah Permai, Sepanggar dalam kejadian pada 12 Februari lalu.
Pembunuhan itu terbongkar kira-kira pukul 6.30 pagi apabila seorang pekerja lori sampah menemukan anggota badan manusia ketika menjalankan tugas rutin.
Susulan itu, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 70-an kurang 24 jam selepas penemuan mayat mangsa, sebelum beberapa tangkapan susulan dilakukan bagi membantu siasatan.-KOSMO! ONLINE.
Suspek kes bunuh dan ‘kerat’ wanita didakwa esok
- Oleh IVAN AMIRUL
- 26 Februari 2026, 10:30 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERKINI
BERITA BERKAITAN

Suspek serang pelajar universiti swasta di Setapak ditahan
17 Julai 2026, 10:11 pm

Wanita sibuk memasak terkejut, 2 biawak masuk rumah
17 Julai 2026, 9:30 pm

Lelaki ditahan cuba seludup rokok ke penjara guna dron
17 Julai 2026, 7:42 pm

Tiga lelaki tular samun guna parang didakwa di mahkamah
17 Julai 2026, 10:15 am

Cinta ditolak 10 wanita dorong lelaki turun berat badan 40 kilogram
17 Julai 2026, 9:06 am

Kanak-kanak hilang ditemui mati dipercayai dibunuh
16 Julai 2026, 10:50 pm

Padah curi ayam, lelaki diarak keliling kampung
16 Julai 2026, 8:00 pm

Dua orang suruhan along dipenjara 18 bulan, denda RM20,000
16 Julai 2026, 3:36 pm






