fbpx
Tangkap layar gambar menunjukkan jerebu di kawasan Shah Alam - credit akaun thread @theafifasy dan @hazelleaa.a

Udara Shah Alam, Klang dan PJ catat IPU tidak sihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan bacaan tidak sihat sekarang ini di beberapa daerah di Lembah Klang dijangka berlarutan sehingga tengah malam.

Daerah Petaling Jaya mencatatkan IPU 100 diikuti Shah Alam (104), Klang (175) berada di tahap tidak sihat dijangka sehingga malam ini.

Berdasarkan data semasa di laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) di Selangor, beberapa daerah Kuala Selangor (59), Banting (89) dan Johan Setia (74) pada tahap sederhana.

IPU hari ini.

Di media sosial ramai memperkatakan isu jerebu ini dan menyalahkan pembakaran mercun besar-besaran sejak dua hari lalu menyumbang kepada udara tidak sihat di Lembah Klang.

“Saya ada asma dan malam kelmarin dan semalam pagi, saya kena serang asma yang agak teruk.

“Guna inhaler beberapa kali pun masih batuk-batuk sampai muntah,“ kata pengguna Effa.y.

Effa.y juga mengatakan di kawasan rumah dia masih lagi terdapat bau terbakar sehingga petang semalam.

“Subang Jaya jerebu, ada mana-mana tempat yang tengah terbakar ke sebab bau asap,” kata pengguna Lindayiun92

Manakala pengguna Mbkr8_ menyoalkan asap terbakar sehingga menyebabkan jerebu di Putrajaya, Cyberjaya dan sekitarnya.

Orang ramai juga diingatkan untuk sentiasa memantau kualiti udara semasa melalui aplikasi MyIPU bagi mendapatkan maklumat sahih mengenai tahap pencemaran di kawasan kediaman masing-masing.

Kata Ina, banyak tempat terlalu meriah membakar mercun seperti tiada kawalan mungkin menyumbang kepada IPU tidak sihat tersebut.

“Bangun pagi ini memang berasap saja Udara, tengok IPU sudah catat tidak sihat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI