fbpx
PENYERANG Argentina, Julian Alvarez (dua dari kiri) ceria selepas menghasilkan gol kedua pasukannya untuk tewaskan Switzerland 3-1 pada aksi suku akhir Piala Dunia 2026, sebentar tadi. - AFP

Piala Dunia 2026: Argentina cemas sebelum atasi Switzerland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

KANSAS – Juara bertahan, Argentina sekali lagi terpaksa berdepan situasi cemas sebelum berjaya tewaskan Switzerland 3-1 pada aksi suku akhir Piala Dunia 2026 di Stadium Kansas City, sebentar tadi.

Ini adalah kali ketiga La Albiceleste berdepan kesukaran selepas turut dipaksa bekerja keras ketika berdepan Cape verde di pusingan 32 dan Mesir di peringkat pusingan 16.

Situasi ini memberikan gambaran yang Argentina harus segera tingkatkan kualiti permainan khususnya menjelang pertemuan dengan England di separuh akhir, Khamis ini.

Terdahulu, Argentina memulakan perlawanan dengan langkah kanan apabila hanya memerlukan 10 minit untuk membuka jaringan menerusi pemain tengah, Alexis Mac Allister dan kelebihan satu gol itu kekal sehingga tamat separuh masa.

Kira-kira 12 minit selepas aksi bersambung, kedudukan kembali seimbang selepas Dan Ndoye merobek gawang Argentina dan situasi ini menjadikan perlawanan bertambah menarik.

Bagaimanapun, selang lima minit selepas itu menyaksikan Switzerland dihimpit tekanan apabila Breel Embolo terpaksa meninggalkan padang lebih awal kerana menerima layangan kad kuning kedua.

Walaupun memiliki kelebihan seorang pemain, Argentina terpaksa menanti hingga minit ke-112 untuk menambah gol kedua menerusi Julian Alvarez sebelum Lautaro Martinez segera mematikan sisa perjuangan Switzerland apabila meledak jaringan ketiga, seminit selepas aksi masa tambahan memasuki masa kecederaan. AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN