fbpx
Gambar hiasan.

Dua remaja 15 tahun ditahan tunggang motosikal curi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis menahan dua remaja lelaki berusia 15 tahun dipercayai terbabit dalam kes kecurian motosikal di kuarters kerajaan di Sungai Besi, di sini.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang penjawat awam pada Sabtu lalu yang memaklumkan motosikalnya hilang pada hari tersebut.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras menahan dua remaja itu Ahad lalu ketika menunggang motosikal curi di Sungai Besi. Mereka dibawa ke IPD Cheras untuk tindakan lanjut,” katanya hari ini.

Menurut beliau, semakan mendapati dua suspek itu bebas dadah dan tiada rekod jenayah. Reman ke atas mereka dibenarkan selama dua hari sebelum dibebaskan dengan jaminan polis kerana masih bersekolah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN