MILAN – Gergasi Itali, Inter Milan tersingkir awal daripada Liga Juara-Juara Eropah (UCL) selepas tewas 1-2 di laman sendiri kepada Bodo/Glimt, sekali gus tersingkir dengan agregat 2-5 yang menjadi antara kejutan terbesar musim ini.
Kekalahan itu amat mengejutkan kerana hanya sembilan bulan lalu Inter mara ke final Eropah, namun kini terpaksa mengakui kegagalan mengekalkan standard di pentas tertinggi.
Jurulatih Inter, Cristian Chivu mengakui pasukannya berdepan lawan yang layak mara berdasarkan prestasi sepanjang kempen.
“Kami tahu tahap persaingan UCL sangat tinggi. Jika sesebuah pasukan berada pada tahap ini, bermakna mereka memiliki kualiti dan mereka telah membuktikannya,” katanya. – AGENSI














