fbpx
Debaran jelas dirasai dalam kalangan ibu bapa dan penjaga apabila keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi tahun ini dijangka diumumkan dalam masa terdekat.

Berdebar ibu bapa tunggu keputusan UPKK anak-anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Debaran jelas dirasai dalam kalangan ibu bapa dan penjaga apabila keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi tahun ini dijangka diumumkan dalam masa terdekat.

Tinjauan di media sosial mendapati ramai ibu bapa meluahkan rasa berdebar dan tidak sabar untuk mengetahui pencapaian anak masing-masing selepas setahun mengikuti kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).

Seorang ibu, Nor Azizah berkata, sejak semalam anaknya kelihatan tenang sahaja namun dia dan suami tak senang duduk menunggu keputusan.

“Anak relaks (tenang). Yang berdebar ibu ayah. Betul tak?,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Seorang lagi pengguna Facebook, Aemy Sofea berkongsi keadaan anak kembarnya yang hanya tersenyum ketika ditanya soal keputusan UPKK.

“Tiga hari tanya anak,berdebar tak keputusan nak keluar..hanya senyuman. Ibu ni berdebar tak tahu nak kata apa. Doa yang terbaik untuk anak-anak semua.

Bagi Aqilatul, dia berkongsi keterujaan anaknya yang tidak sabar menunggu keputusan.

“Anak saya yang ni tak relaks…setiap hari dia ‘counting days’ dan ingatkan mama dia. Dia macam tu makin buat mama dia berdebar,” kongsinya.

Keputusan UPKK dijangka diumumkan pagi ini manakala semakan secara dalam talian bermula pukul 12 tengah hari nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI