fbpx
NASIB tujuh pemain warisan dijangka bakal diketahui apabila CAS akan mengemukakan keputusan rayuan dalam masa terdekat.

Perlu jangka situasi terburuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENGANALISIS bola sepak tempatan, Prof. Madya Dr. Zulakbal Karim mahu semua bersedia dengan situasi terburuk mengenai gambaran keputusan yang bakal diputuskan pada proses rayuan di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) di Zurich, Switzerland esok.

Semua tujuh pemain warisan Harimau Malaya dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semakin berdebar menanti keputusan CAS selepas terpalit isu pemalsuan dokumen sehingga dihukum Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), September lepas.

Berbaki kurang 48 jam, peminat sukan tanah air sudah tentu mengharapkan keputusan positif dapat memihak khususnya buat tujuh pemain warisan iaitu Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Jon Irazabal dan Hector Hevel.

Namun, Zulakbal menyeru agar penyokong bola sepak tanah air untuk bersikap realistik dan menerima apa sahaja keputusan yang bakal diberikan oleh CAS nanti.

“Kita kena expect the worst (jangka keputusan terburuk) dan siap sedia hadapi segala kemungkinan. Kita tidak tahu apa yang akan dibentangkan oleh kedua-dua belah pihak nanti, tetapi kalau tiada bukti yang kukuh, tidak mungkin FIFA berani menjatuhkan hukuman serta-merta pada tahun lalu,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

PROF Madya Dr Zulakbal Abd Karim.

Tegas Zulakbal yang juga Tenaga Pengajar Elit Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), FAM selaku badan induk sudah boleh memikirkan tentang langkah seterusnya yang boleh dilakukan selepas kemelut dengan FIFA berakhir.

“Perkara seperti ini pertama kali berlaku dalam FAM selepas 100 tahun. Kalau kita dapat keputusan yang positif, Alhamdulillah. Namun, jika keputusan sebaliknya, saya harap FAM selaku badan induk siap sedia untuk atur langkah seterusnya,” katanya.

Jika menang proses rayuan, tujuh pemain terbabit dijangka terlepas daripada hukuman penggantungan 12 bulan yang dikenakan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sebelum ini.

Bagaimanapun, hukuman tersebut akan kembali diaktifkan jika gagal selepas diberi ‘talian hayat’ hampir sebulan oleh CAS yang membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman atau Stay of Execution pada, Januari lalu.

Selain hukuman terhadap pemain, FAM turut diperintahkan untuk membayar denda sebanyak CHF 350,000 (RM1.8 juta) kepada FIFA seperti yang diputuskan Jawatankuasa Tatatertib FIFA pada September lepas.

Lebih malang, FIFA turut membatalkan keputusan tiga aksi persahabatan Harimau Malaya menentang Cape Verde, Singapura dan Palestin selepas mendapati FAM melanggar Artikel 19 Kod Tatatertib FIFA (Edisi 2025) kerana menurunkan pemain yang tidak layak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN