fbpx
HANNAH menyempurnakan gimik pelancaran pada majlis pengumuman Stadium Titiwangsa sebagai ‘Home of Sepak Takraw’ semalam.

‘Rumah’ Sepak Takraw Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

STADIUM Titiwangsa kini secara rasmi diangkat sebagai ‘Home of Sepak Takraw’ (Rumah Sepak Takraw) sebagai pengiktirafan tertinggi terhadap pencapaian cemerlang sukan warisan itu di peringkat dunia.

Menteri Wilayah Persekutuan, Hannah Yeoh berkata, inisiatif hasil kerjasama Jabatan Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu merupakan ‘hadiah’ pengiktirafan buat peminat serta penggiat sukan berkenaan.

Menurutnya, keputusan menjadikan stadium ikonik itu sebagai hab pusat sepak takraw dibuat sejajar dengan prestasi luar biasa pasukan kebangsaan yang merangkul gelaran juara dunia pada tahun lalu selain menoktahkan kemenangan di Sukan SEA Thailand 2025.

“Stadium Titiwangsa adalah satu-satunya stadium tertutup milik DBKL yang menjadi tumpuan pelbagai agensi dan komuniti, maka kita bersetuju menjadikannya sebagai identiti tetap sepak takraw negara.

“Keputusan ini juga lahir daripada pencapaian luar biasa atlet negara pada tahun 2025. Malaysia muncul juara Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia 2025 di stadium ini sendiri dan seterusnya meraih dua pingat emas di Sukan SEA 2025 di Bangkok.

“Kejayaan ini membuktikan bahawa sepak takraw bukan nostalgia ia adalah sukan moden yang kompetitif di peringkat antarabangsa,” katanya.

Hannah menjelaskan, projek menaik taraf stadium tersebut merangkumi transformasi wajah stadium termasuk, LED, bilik media, papan skor, bilik persalinan, lukisan mural identiti takraw serta kerja-kerja mengecat semula yang melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM200,000 daripada bajet DBKL.

Sementara itu, Presiden PSM, Datuk Sumali Reduan menyifatkan pengumuman tersebut sebagai impian yang menjadi kenyataan buat seluruh warga sepak takraw tanah air sejak sekian lama.

“Ini bukan sekadar penukaran nama, tetapi satu simbol kebanggaan dan sumber inspirasi kepada pemain muda untuk melihat sukan warisan ini mempunyai ‘rumah’ sendiri di ibu kota,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI