fbpx
AMINUL menunjukkan antara minuman keras yang dirampas di Menara Kastam Johor, Johor Bahru hari ini.-Foto BAZLAN IBRAHIM

Cobra rampas 5 kontena berisi 572,928 tin arak import

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Kegiatan sebuah gudang di Kulai menyimpan minuman keras yang diimport secara haram mengundang padah apabila diserbu Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam (Cobra), 20 Januari lalu.

Pengarah Kastam Johor, Amirul Izmeer Mohd Sohaimi berkata, dalam operasi yang dijalankan pada pukul 11 malam itu, sebanyak lima buah kontena berisi arak yang diimport tidak bercukai dirampas.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati gudang tersebut didapati menyimpan arak yang disyaki diimport dari China tanpa duti import sebelum diedarkan ke pasaran tempatan.

“Pemeriksaan lanjut ke atas kontena tersebut menemui sebanyak 572,928 tin minuman keras atau 286,464 liter dengan nilai sitaan RM2,570,800.

“Manakala cukai atau duti import arak yang terlibat adalah RM12,276,339,”katanya pada sidang akhbar di Menara Kastam Johor di sini hari ini.

Aminul berkata, selain itu, pihaknya turut merampas sebuah lori jenis Isuzu Hino dan lima buah kontena dan menjadikan jumlah keseluruhan sitaan sebanyak RM14,902,139.

Jelasnya, modus operandi yang digunakan sindiket ini ialah mengimport arak dari China disyaki menggunakan perkhidmatan pengangkutan kontena dan disimpan di gudang sebelum diedarkan kepada pengguna lokal di sekitar negeri ini.

Tambahnya, usaha mengesan pemilik premis dan sindiket sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI