fbpx
ANGGOTA SAR membawa naik mayat Siang Fook yang terjatuh ke dalam sungai di Jeti Kampung Tanjung Air, Pontian malam tadi.-Foto IHSAN POLIS

Mayat Siang Fook ditemui kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Lelaki yang terjatuh ke dalam sungai ketika keluar memancing di Sungai Pontian Besar di Kampung Tanjung Air Hitam di sini pagi semalam ditemui mati lemas.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Hadzrat Hussein Mion Hussain berkata, mayat Tan Siang Fook, 56, ditemui kira-kira pukul 10.30 malam semalam oleh seorang penduduk tempatan yang keluar membantu operasi mencari bersama rakannya.

Katanya, mayat mangsa ditemui kira-kira 200 dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh dari bot ketika keluar memancing bersama anak angkatnya, Hoa Chen Ho, 9, pada pukul 8.15 pagi semalam.

“Pemeriksaan awal mendapati mayat mangsa masih berpakaian lengkap dan tiada kesan kecederaan luaran pada tubuh Siang Fook,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang kanak-kanak melalui detik cemas ketika memancing bersama bapa angkatnya apabila bot yang dinaiki mereka melanggar sebatang pokok kayu yang tumbang dalam kejadian di Sungai Pontian Besar, Kampung Tanjung Air Hitam, di sini pagi semalam.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN