fbpx
Anwar merasmikan Majlis Berbuka Puasa dan Majlis Peluncuran Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan di Masjid Wilayah hari ini. Foto oleh FARIZ RUSADIO/KOSMO!

Libatkan negara serantau perhalusi isu tarif – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kerajaan akan meneliti secara menyeluruh sebarang perkembangan berkaitan isu perdagangan antarabangsa sebelum membuat pendirian rasmi.

Menurut beliau, penjelasan awal telah diberikan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Johari Abdul Ghani, namun kerajaan akan menunggu laporan terperinci sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Tadi Datuk Jo telah bagi penjelasan, kita akan dapat penjelasan teliti, baru kita respon. Kita tunggu hari mesyuarat hari Jumaat,” katanya.

Anwar turut menjelaskan bahawa MITI sedang menjalankan penelitian lanjut serta menyelaras tindakan bersama Washington D.C. dan negara-negara ASEAN.

“MITI sedang meneliti dan juga berkoordinasi dengan Washington D.C. dan juga rakan negara ASEAN berkaitan dengan tindakan Malaysia,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Berbuka Puasa dan Majlis Peluncuran Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan di Masjid Wilayah, hari ini.

Tambahnya, pendekatan berhati-hati dan penyelarasan diplomatik penting bagi memastikan kepentingan perdagangan dan hubungan antarabangsa negara terus terpelihara.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN