fbpx
Saifuddin pada Sesi Dialog dan Moreh MPN negeri bersama Kelab Media Elit Kedah dan Pempengaruh Media Sosial di Sungai Petani malam tadi.

PKR fokus perkukuh parti, tidak ambil kesempatan krisis lawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – PKR tidak akan campur tangan dalam urusan dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) termasuk menjadikan krisis parti itu sebagai peluang untuk mengukuhkan kedudukan politik.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kedah, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, segala perkara yang berlaku dalam Bersatu adalah menjadi urusan parti tersebut.

Katanya, sesebuah parti hanya akan kuat jika dibina melalui pengukuhan dalaman, perpaduan dalam kepimpinan dan kerjasama erat dalam gabungan.

“Kita tak akan jadi kuat hanya kerana mereka berpecah dan kita akan jadi kuat kalau kita sendiri bina kekuatan. Biar mereka urus rumah tangga mereka.

“Kita jaga parti kita, kukuhkan gabungan dan pastikan rakyat terus yakin,” katanya yang juga Menteri Dalam Negeri pada Majlis Berbuka Puasa pimpinan Keadilan Kedah serta Sesi Dialog dan Moreh Majlis Pimpinan Negeri (MPN) di sini, malam tadi.

Saifuddin berkata, tumpuan PKR ketika ini adalah memperkukuhkan parti, memantapkan gerak kerja serta mengeratkan kerjasama dalam Pakatan Harapan (PH).

Kata beliau, kerjasama dan kesefahaman politik dengan rakan dalam Barisan Nasional (BN) juga perlu diperkukuh sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Sementara itu, Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Negeri Kedah itu berkata, kestabilan politik yang dinikmati kerajaan kini memberi impak positif kepada prestasi ekonomi negara.

Katanya, pertumbuhan ekonomi negara bagi tiga bulan terakhir tahun 2025 mencatatkan 6.3 peratus, melepasi sasaran awal yang ditetapkan iaitu lima peratus.

“Ia adalah hasil kepimpinan stabil di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keyakinan pelabur terhadap hala tuju negara,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN