fbpx
Balveer Singh

PGA serbu premis haram, rampas e-waste RM3.37 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki tempatan ditahan dalam operasi Op Hazard di sebuah premis yang disyaki menjalankan aktiviti pemprosesan sisa plastik dan penyimpanan sisa elektronik (e-waste) secara haram di Seberang Perai Selatan di sini, kelmarin.

Serbuan itu dilakukan Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, Perak dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Pulau Pinang, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Seberang Perai Selatan.

Komander Briged Utara PGA Ulu Kinta, Senior Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, lelaki dipercayai pemilik premis berusia lingkungan 30-an itu ditahan pada pukul 11 pagi.

Katanya, pemeriksaan menjumpai sisa elektronik yang disimpan dalam ‘jumbo bag’ dan tong drum berisi minyak tercemar. Siasatan awal mendapati, suspek menjadikan premis sebagai lokasi memproses material plastik dan menyimpan sisa elektronik tambahan tanpa kelulusan JAS dan MPSP.

“Premis ini beroperasi sejak awal 2025 dan mendapatkan bekalan sisa plastik dari kilang semikonduktor di kawasan sekitar. Nilai keseluruhan rampasan adalah sebanyak RM3,372,900,” katanya hari ini.

Beliau berkata, fasiliti yang terdapat di dalam premis tersebut digunakan untuk memproses bahan plastik sebelum dieksport ke luar negara.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN