fbpx
VERTSAPPEN mengakui kecewa dengan rombakan peraturan baharu F1, namun tidak akan meninggalkan saingan F1. - AFP

Verstappen nafi tinggalkan F1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAKHIR – Juara dunia empat kali, Max Verstappen menafikan saingan Formula Satu (F1) merupakan musim terakhirnya biarpun meluahkan rasa kecewa terhadap rombakan peraturan dalam sukan permotoran itu.

Pelumba Red Bull itu mengakui tidak gembira dengan keputusan penganjur untuk menerapkan penggunaan unit kuasa yang menggabungkan elektrik dan bahan api apabila menganggap ia sebagai anti-perlumbaan.

Walaupun memberi gambaran sedia beralih angin ke perlumbaan lain termasuk Nurburgring 24 Hours minggu lalu, namun Verstappen menjelaskan pendirian untuk terus kekal bersaing dan berlumba dalam F1.

“Jika saya perlu membuat pilihan sama ada F1 ataupun perlumbaan lain, ia mungkin disebabkan semua perubahan (peraturan F1) negatif. Buat masa ini, saya hanya akan terus berlumba dalam F1.

“Apabila saya tidak suka sesuatu perkara, tidak bermaksud saya enggan melakukannya. Saya merupakan pelumba sejati, sudah tentu saya mahukan sesuatu yang berbeza daripada kebiasaan,” katanya.

Verstappen yang memiliki baki kontrak selama tiga tahun bersama Red Bull berkata, dia mungkin memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan peraturan baharu selain berharap ianya diubah.

“Saya sentiasa gembira untuk bekerja dengan semua orang dan berada dalam jentera. Dari segi peraturan, memang saya mahukan ia diubah semula tetapi ia bukan bidang kuasa saya,” ujarnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN