fbpx
Anggota bomba sedang melakukan operasi mencari dan menyelamat Moe Lwin di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu hari ini.

Pelajar Myanmar dikhuatiri lemas di Pantai Batu Burok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) warga asing dikhuatiri lemas dipercayai ketika mandi di Pantai Batu Burok di sini hari ini.

Mangsa, Sithu Moe Lwin,18, yang merupakan warga Myanmar dikatakan dihanyutkan ombak besar di pantai peranginan terkenal tersebut pada pukul 12.30 tengah hari.

Difahamkan Moe Lwin yang belajar di sebuah IPTS di Kuala Lumpur berkelah di Pantai Batu Burok dengan tiga rakannya yang juga warga asing.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor yang dihubungi mengesahkan kejadian lemas berkenaan.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat sedang giat dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN