fbpx
ANGGOTA polis membawa naik mayat lelaki warganegara Indonesia yang ditemui lemas di Pantai Pantun, Sungai Buntu, Penerok, Pontian semalam.

Ingat mata kail kena ikan rupanya sangkut mayat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Seorang pemancing terkejut apabila ternampak satu objek hanyut dan tersangkut pada mata kail ketika memancing di Pantai Pantun, Sungai Buntu, Penerok, di sini malam semalam.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Hadzrat Hussein Mion Hussain berkata, dalam kejadian pada pukul 7 malam itu, pemancing tersebut kemudian menarik objek tersebut ke tebing dan mendapati objek tersebut sekujur tubuh manusia sebelum menghubungi talian kecemasan.

Menurutnya, siasatan awal kepada fizikal mangsa mendapati tiada sebarang unsur jenayah ke atas mayat berkenaan.

“Semasa penemuan, mangsa memakai baju lengkap berseluar pendek dan menggalas sebuah beg pakaian berwarna hitam dan beg silang yang disilang pada bahu.

“Hasil pemeriksaan menjumpai pasport dan kad pengenalan Indonesia yang didaftarkan atas penama Noto dengan nombor pasport B2188882 dan berusia 52 tahun,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah Hadzrat Hussein, mayat tersebut ke Unit Forensik, Hospital Pontian untuk bedah siasat selain mengambil keterangan daripada pengadu.

Katanya, kedutaan Indonesia akan dimaklumkan untuk tujuan pengecaman identiti si mati serta pengurusan tuntutan mayat oleh waris.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN