fbpx
Mayat seorang wanita ditemukan dalam bagasi di sebuah rumah di Taman Impian Indah, Kajang semalam. IHSAN MEDIA SOSIAL

Mayat dalam bagasi: Mangsa ditetak di kepala, badan tidak dipotong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Polis mengesahkan wanita yang mayatnya ditemukan di dalam sebuah bagasi di sebuah rumah sewa di sini meninggal dunia akibat luka tetakan di kepala.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, bedah siasat yang dijalankan Unit Forensik Hospital Kajang selesai pada pukul 6.20 petang semalam.

Menurut beliau, siasatan kes masih diteruskan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Tiada bahagian badan mangsa yang terpisah atau dipotong. Siasatan juga mendapati rumah berkenaan telah disewakan kepada sepasang suami isteri warga asing sejak Februari lalu.

“Bagaimanapun, sama ada mangsa merupakan pasangan yang menyewa rumah tersebut atau sebaliknya masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu atau kehilangan ahli keluarga mahupun pekerja diminta tampil membantu siasatan.

“Mereka boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintendan Nur Ayuni Abd. Aziz di talian 016-2080717,” katanya.

Kosmo! semalam melaporkan seorang pemilik rumah menemukan mayat seorang wanita yang disimpan di dalam sebuah bagasi ketika membuat pemeriksaan di rumah sewa miliknya di sini.

Mayat mangsa ditemukan di ruang tamu kediaman berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN