fbpx
SELANGOR mengesahkan tempat ke kelompok empat pasukan terbaik aksi Piala Malaysia selepas membenam NSFC kelmarin.

Piala Malaysia: Selangor perlu kekal tenang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PEMAIN Selangor FC tidak boleh ‘mabuk’ dengan kejayaan luar biasa selepas meraih kemenangan besar 5-1 ke atas Negeri Sembilan FC (NSFC) pada aksi kedua suku akhir Piala Malaysia di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, kelmarin.

Selangor FC layak ke separuh akhir dengan kejayaan 6-1 secara agregat, namun Pan-gon percaya masih ada beberapa aspek yang perlu dibaiki khususnya dalam aspek penyudah kerana merasakan Gergasi Merah wajar menamatkan perlawanan kali ini dengan lebih banyak gol.

“Kami sedar keperluan untuk bangkit (daripada kesukaran perlawanan pertama), kami kena kawal psikologi, kekuatan mental dan tidak boleh terlalu santai. Kami cuba jadikan perlawanan ini cukup istimewa.

“Pastinya saya bangga dengan kekuatan mental dan semangat dipamerkan pemain. Saya rasa patut 8-1. Saya fikir kami patut merendah diri dan saya rasa kami tidak boleh ‘mabuk’ hanya kerana satu perlawanan yang bagus.

“Saya fikir kami kena ada kemahuan untuk mendapatkan lebih banyak gol bagi menggembirakan penyokong,” katanya.

Semua gol Selangor FC dijaringkan oleh Faisal Halim, Alvin Fortes, Nooa Laine, Quentin Cheng dan Chrigor Moraes sekali gus beri harapan untuk melunaskan ‘Misi 34’.

Bekas pengendali Harimau Malaya itu menzahirkan keterujaan melihat reaksi pemain yang melunaskan perancangan pasukan untuk mendapatkan jaringan awal.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN