fbpx
Anggota bomba memadam kebakaran rumah mangsa di Taman Baiduri, Banting.

Budak lelaki 6 tahun rentung, seorang cedera rumah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LANGAT – Seorang kanak-kanak berusia enam tahun rentung, manakala seorang lelaki dewasa cedera selepas terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah teres di Taman Baiduri, Banting, di sini, hari ini.

Mayat mangsa ditemukan dalam bilik di tingkat atas rumah berkenaan, sementara lelaki berusia dalam lingkungan 30-an yang cedera dihantar ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 4.42 pagi dan seramai 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting dan BBP Teluk Panglima Garang terlibat dalam operasi pemadaman.

“Pemeriksaan mendapati kebakaran melibatkan rumah teres dengan kemusnahan dianggarkan kira-kira 84 peratus. Terdapat dua mangsa terperangkap di dalamnya dan kerja-kerja pencarian dijalankan sebelum menemukan mayat kanak-kanak lelaki rentung di bilik tingkat atas,” katanya.

Menurut Ahmad Mukhlis, ketika kejadian rumah itu dihuni 10 individu dengan sembilan daripada mereka dilaporkan selamat.

“Api berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya pada pukul 7 pagi tadi. Setakat ini punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN