fbpx
Maszlee

[TIDAK RASMI] Maszlee dahului saingan di Puteri Wangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berada di hadapan dalam saingan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa berdasarkan keputusan tidak rasmi yang diperoleh setakat ini.

Keputusan tidak rasmi menunjukkan calon Pakatan Harapan (PH) itu mendahului dengan memperoleh 942 undi, mengatasi calon Barisan Nasional (BN), Teow Chia Ling yang meraih 661 undi.

Calon Muda, Rashifah Al Junied pula memperoleh 75 undi.

Berdasarkan keputusan semasa itu, Dr. Maszlee mendahului dengan majoriti 281 undi, namun keputusan tersebut masih belum rasmi kerana proses pengiraan undi masih berlangsung.

Kerusi DUN Puteri Wangsa menjadi antara tumpuan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 susulan persaingan empat penjuru yang disifatkan sengit sejak hari penamaan calon. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN