fbpx
Keadaan treler yang mengalami kerosakan di kawasan E2 dikongsi LLM sebentar tadi.

Treler rosak, trafik perlahan dari Senai ke Kulai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebuah treler dilaporkan mengalami kerosakan di Kilometer (KM) 20.9 Lebuh Raya Utara-Selatan (E2) arah utara dari Senai ke Kulai lewat malam ini, sekali gus menyebabkan aliran trafik bergerak perlahan.

Pusat Pengurusan Trafik Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan kejadian itu berlaku sekitar pukul 10.44 malam dan mengakibatkan lorong kiri terpaksa ditutup bagi kerja-kerja pengalihan kenderaan rosak berkenaan.

Menurut kenyataan LLM, penutupan lorong berkenaan dibuat bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya sementara tindakan susulan dijalankan di lokasi kejadian.

“Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati ketika memandu dan sentiasa menjaga jarak selamat dengan kenderaan di hadapan,” menurut kenyataan itu.

Setakat ini, tiada laporan mengenai kecederaan dilaporkan dan pengguna lebuh raya diminta merancang perjalanan serta mematuhi arahan petugas trafik di lokasi.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI