KOTA KINABALU – Mayat wanita dalam keadaan tidak sempurna ditemukan di tempat pembuangan sampah di Taman Indah Permai di sini pagi ini.
Mayat yang dipercayai dikerat beberapa bahagian itu dijumpai pekerja lori sampah sewaktu melakukan kerja-kerja pembersihan pada pukul 7 pagi.
Difahamkan, mayat tersebut dimasukkan ke dalam plastik berwarna hitam.
Sementara itu, polis masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian sejurus mendapat panggilan daripada orang awam. – KOSMO! ONLINE














