fbpx
Carrick telah menjalankan tugas dengan cemerlang apabila membantu United menang empat perlawanan berturut-turut.

Ada calon lebih baik berbanding Carrick – Legenda Man United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Legenda Manchester United, Jaap Stam mencadangkan jurulatih Olympique Marseille, Roberto De Zerbi sebagai calon paling tepat untuk menjadi pengurus baharu The Red Devils pada kempen musim depan.

Sebagai rekod, pengurusan tertinggi United ketika ini sedang giat mencari pengendali baharu selepas memecat Ruben Amorim bulan lalu dengan Michael Carrick diberikan kontrak jangka pendek sehingga hujung musim ini.

Walaupun Carrick berjaya membantu United kembali konsisten dengan kemenangan bergaya ke atas Arsenal, Manchester City dan Tottenham Hotspur, bakat jurulatih berusia 45 tahun itu masih lagi diragui oleh pihak pengurusan.

Stam berkata, pengalaman De Zerbi membimbing Brighton & Hove Albion dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan konsisten sebelum ini menjadi faktor utama kenapa pengendali dari Itali itu wajar diberi peluang. 

“Saya sangat suka dengan taktikal De Zerbi kerana apa yang dia lakukan bersama Brighton dan kini di Marseille.

“Cara pasukannya bermain sangat menarik. Dia gemar bola sepak berasaskan penguasaan dan barisan pemain disusun dalam posisi yang menyukarkan lawan melakukan tekanan,” katanya.

Selain aspek taktikal, Stam menegaskan kelebihan utama De Zerbi terletak pada kemampuannya mengurus emosi pemain.

“Dia tahu bagaimana memberi keyakinan dan perhatian kepada pemain, bukan sahaja kesebelasan utama, tetapi keseluruhan skuad. Itulah yang diperlukan di kelab besar seperti United,” kata Stam. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN